poyo blogger

Catatan poyo seorang blogger yang kacak macam yearon yeaziz.

Merry Christmas 25 December 2014

Merry Christmas 25 December 2014
Ho! Ho! Ho! Kata 1Malaysia

Kesilapan Lelaki/Perempuan Berbadan Besar Ketika Berdiet

Sambil berjalan-jalan di sekitar dunia blogging (ber blogwalking lettew maksudnya), satu artikel "Kesilapan Lelaki/Perempuan Ketika Berdiet" telah berjaya menarik perhatian penulis. Ini kerana penulis juga seorang lelaki yang sedang dalam berdiet kerana semakin "boyoi" ketika ini. Hahaha!

So menurut blog yang penulis baca tersebut, berikut adalah 6 kesilapan yang sering dilakukan lelaki/perempuan berbadan besar ketika berdiet.


Pertama : Kita selalu skip sarapan pagi.

Kedua : Selalu makan pada waktu malam dan kalau makan berulam air.

Ketiga : Selalu makan Fast Food ( Makanan Segera).

Keempat : Kerap mencuba produk kuruskan badan.

Kelima : Diet tak kosisten.

Keenam : Behenti makan nasi secara mendadak.


Di bawah pulak, ulasan penulis terhadap point-point yang dikemukakan blogger tersebut. 


Pertama : Kita selalu skip sarapan pagi.

Menurut teori penulis, semakin sikit kita makan, semakin cepat kuyus, kan hahaha. Penulis rasa, ramai lelaki dan perempuan yang ingin kurus cepat juga berfikir begini. Tambahan pula, waktu pagi adalah waktu paling mudah untuk skip makanan sebab tak berapa lalu nak makan, dan awal pagi tak rasa lapar sangat. Boleh lupakan sekejap makanan dan beri alasan nak buat kerja. Mungkin sebab tu ramai yang pilih untuk skip sarapan pagi. Tapi ini pendapat penulis sahaja. Sekarang penulis tak pernah miss sarapan pagi. Nak tahu kenapa? Nanti penulis akan ceritakan. Tapi sekarang. Kita ke point ke dua dulu ok.


Kedua : Selalu makan pada waktu malam dan kalau makan berulam air.

Yang ni pun penulis selalu buat dulu. Sebabnya, waktu balik keja, rasa letih dan sangat lapar. So apa lagi makan malam memang tak boleh lepas. Ditambah lagi dengan rasa dahaga, wow kalau dapat minum air sekali mesti best. Niat hati nak diet, tapi makan malam pun tak elok juga rasanya. Kesilapan begini juga tak boleh salahkan kita sangat. Sebab bila dah lapar, penat dan haus, malah siang tak sarapan, apa lagi malam makan puas2.


Ketiga : Selalu makan Fast Food ( Makanan Segera).

Kesilapan ketiga ini juga antara sering dilakukan. Katanya tak nak makan nasik sebab nak jaga badan. Tapi sebab dah lapar, nak makan apa ek? Tak nak makan nasik sangat, so pergi kedai burger, beli burger ngap ngap ngap makan. Adui, bila nak kurus macam ni? Bila penulis observe, sebenarnya di sekeliling penulis, kebanyakan kedai menyajikan makanan yang berbentuk fast food. Kalau bukan ayam, daging. Kalau bukan daging, mesti ayam. Kalau bukan burger, mesti roti john. Hampir 80% makanan di luar sana adalah berbentuk fast food. So no choice. Kalau tak, kena makan nasik jugak. So masalah ni susah nak dielakkan sebenarnya. Tapi, baru-baru ni penulis dah mula belajar memasak untuk diri sendiri so mungkin boleh atasi masalah Kesilapan Lelaki/Perempuan Ketika Berdiet.


Keempat : Kerap mencuba produk kuruskan badan.

Point keempat ini memang pilihan popular di kalangan mereka yang ingin kuruskan badan. Zaman sekarang semua nak cepat. Kalau boleh nak telan pil atau minum jus selama seminggu nak kurus 5 kg kalau boleh. Ini juga tak boleh salahkan kita juga. Ini kerana setiap hari, dari TV, suratkhabar, dan facebook hari-hari ada iklan berkaitan kuruskan badan. Kalau tak percaya, cuba angkat dagu kejap (stop kejap dari hadap membaca blog ni :D ) dan tengok tempat lain, penulis amat pasti pembaca akan nampak iklan kuruskan badan di mana-mana. Bila dah selalu nampak iklan sebegini, ditambah lagi dengan masalah berat badan yang kian meningkat, so keinginan untuk mencuba tu juga meningkat. Dah cuba satu produk, rasa tak berkesan, nampak pulak iklan lain. cuba jugak. Kesilapan ini adalah disebabkan psikologi manusia biasa. 

 Kelima : Diet tak kosisten.

Kesilapan ini adalah yang paling kerap dan rasanya majoriti pengamal diet melakukan kesilapan ini. Cuba kita selami dan dalami, kenapa kesilapan ini berlaku. Satu alasan yang penulis dapati adalah, ramai yang bukan professional dalam bidang berdiet. Maksudnya, perkataan diet itu sendiri pun kita tak berapa faham apa sebenarnya dimaksudkan diet. Ada yang kata berlapar itu diet. Sedangkan diet itu lain maknanya. Untuk mengatasi kesilapan ini, kita harus mengkaji apa maksud sebenar diet. Dalam hal ini, pakcik google adalah tempat yang baik untuk bermula. 

definition of diet
Maksud Diet. Sumber: Google Search


Setelah memahami apa itu diet, barulah mudah untuk kita rancang diet pemakanan bertujuan untuk turunkan berat badan. Perancangan diet untuk seminggu, atau untuk 30 hari sebagai permulaan, memungkinkan kita untuk konsisten dalam berdiet. Dengan cara ini, kesilapan tidak konsisten dalam berdiet dapat diatasi.


Keenam : Behenti makan nasi secara mendadak.

Kesilapan keenam ini bagi penulis ada kaitan dengan kesilapan ketiga di atas, selalu makan fast food. Seringkali dalam pembacaan dikatakan nasik menjadi punca berkumpulnya lemak dalam badan kerana karbohidrat dalam nasi berlebihan yang dimakan boleh bertukar menjadi lemak. Sebab tu ramai termasuk penulis memilih untuk berhenti makan nasik secara mendadak. Semua ini kerana dipengaruhi emosi. Dengan pengetahuan yang kurang mengenai kaedah diet yang betul, kebanyakan kita memilih jalan singkat mengikut apa yang dibaca di internet. Oleh itu berlakulah kesilapan berhenti makan nasik secara mendadak. Pernah sekali penulis berhenti makan nasik selama 1 bulan, dan kesannya berjaya turun 2kg. Pada mulanya sangat seronok dan show off dengan kawan2. Tapi, setelah itu, apabila penulis mula makan nasik semula, alasan konon nak seimbangkan semula diet, akhirnya jumlah nasik yang dimakan semakin banyak. Maklumlah dah lama tak makan nasik. Ditambah pula dengan iklan "Kita mesti makan nasik!" yang sering keluar kat tv dulu, seakan satu bentuk saranan hipnosis agar penulis makan nasik. Akhirnya berat naik 4 kg, dua kali ganda berbanding turun(2kg), dan akhirnya semangat juang tak makan nasik pudar. Sehingga sekarang masih makan nasik, dan berat maintain tak turun tak naik. Tapi berat adalah 4kg lebih berbanding sebelum amalkan diet tak makan nasik. Itu cerita dua tahun lepas. 


Sebenarnya banyak lagi kesilapan lain contohnya

  • nak kurus tapi abaikan dari segi bersenam, 
  • kurang minum air masak(saranan 2 Liter sehari), 
  • banyak minum minuman bergula, 
  • sering berada dalam keadaan stress.  
  • kurang tidur
dan sebagainya dilakukan lelaki/perempuan yang ingin turunkan berat badan. Apa yang penting sebenarnya, dalam berdiet, atau tidak kira nak buat apa pun, apa yang penting adalah ILMU. Dengan adanya ilmu, maka AMAL yang kita ingin buat juga lebih mudah. Adalah menjadi harapan penulis setelah mengetahui  Kesilapan Lelaki/Perempuan Ketika Berdiet seperti di atas, maka kita akan lebih celik ilmu dalam bidang berdiet ini, dan seterusnya matlamat untuk kuruskan badan dapat dicapai dengan lebih bermakna. 





6 Komentar untuk "Kesilapan Lelaki/Perempuan Berbadan Besar Ketika Berdiet"

cara diet yang bagus...konsisten paling kurang 3 bulan..baru ada perubahan positif..

Konsisten perlu ada. Yang penting ilmu juga kena ada.

betul2!xguna jaga makan kalau tak exercise and kurang minum air

 
Copyright © 2014 poyo blogger - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info