Dividen ASB 2014, 7.50 sen + Bonus 1.00 sen
Pada tahun 2014 ini, ASB memberikan 7.50 sen seunit agihan pendapatan, ditambah dengan 1.00 sen seunit sebagai bonus.
Penulis pasti berita pengumuman pengagihan pendapatan ASB 2014 ini bakal menggembirakan 8.6 juta orang pemegang unit ASB. Walaupun terdapat sedikit penurunan berbanding tahun 2013 (iaitu 7.70 sen seunit dan 1.00 sen seunit).
Dalam tempoh setahun 2014 ini setakat 16 Disember, ASB telah mendapat pendapatan kasar sebanyak RM10.55 billion.
RM4.23 billion pendapatan ini diperolehi daripada untung penjualan saham. RM4.64 billion lagi diperolehi daripada hasil dividen pelaburan ASB ke saham syarikat lain. Baki selebihnya RM1.68 billion, daripada pendapatan lain-lain.
Proses pengagihan pendapatan akan dilakukan bermula 23 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015. Oleh itu, segala urusan ASB akan ditutup dalam tempoh ini.
Para pemegang unit bolehlah update buku anda bermula pada 02 Januari 2015 nanti.
Sesiapa yang ada membuat ASB loan pasti tersenyum lebar menanti jumlah dividen ASB tahun 2014 diupdate dalam buku. Maklumlah duit sekepuk masuk akaun.
Sedikit kata-kata daripada penulis, duit pengumuman dividen asb 2014 yang dapat tu nanti gunalah dengan berhemah. Jangan ada yang guna untuk enjoy sakan nanti hahaha!
NOTA: Sesiapa yang ada melabur dalam ASB 2, nantikan pengumumannya pada tahun berakhir 31 Mac 2015. SAMA-SAMA KITA NANTIKAN YA!
1 Komentar untuk "Dividen ASB 2014 Diumumkan Hari Ini"
Wah, pasti gembira kan pelabur ASB..