poyo blogger

Catatan poyo seorang blogger yang kacak macam yearon yeaziz.

Merry Christmas 25 December 2014

Merry Christmas 25 December 2014
Ho! Ho! Ho! Kata 1Malaysia

[GEMPAR] SKMM Beri Amaran Sebaran Malware Melalui Facebook

Baru-baru ini heboh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan amaran kepada pengguna Facebook supaya berhati-hati dalam melayari pautan yang mengandungi unsur seks. Artikel: SKMM beri amaran sebaran malware di facebook

Menerusi kenyataan di akaun Facebooknya, SKMM meminta orang ramai agar tidak tertarik untuk memasuki pautan yang kononnya memaparkan video ‘Gadis Mabuk Setelah Pesta’ atau ‘Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk’.

Menurut SKMM jika pengguna klik pada pautan berkenaan, mereka akan diminta untuk memuat turun satu perisian berbentuk plugin yang sebenarnya adalah sejenis malware.

Sekiranya pengguna Facebook menjumpai kandungan sedemikian, mereka digesa jangan berdiam diri tetapi segera membuat laporan supaya kandungan itu dapat dibuang. Berikut sebahagian kata-kata SKMM beri amaran sebaran malware di facebook.

“Jika anda terjumpa kandungan sebegini, anda dinasihatkan untuk membuat laporan penyalahgunaan secara terus kepada Facebook di ruangan ‘Report This Post – It’s Spam‘ di bahagian kanan (atas) kandungan berkenaan.

“Sekiranya akaun anda telah dijangkiti malware, sila tukar kata laluan akaun anda secepat mungkin,” kata SKMM memberi amaran.

SKMM juga meminta orang ramai menghebahkan maklumat ini supaya tiada yang menjadi mangsa spam. 



Komen Poyo Blogger:

Ini kali pertama SKMM beri amaran sebaran malware di facebook. Pada pendapat penulis, ini sesuatu yang boleh mendatangkan panik kepada pengguna facebook di malaysia kerana ini melibatkan peringkat tertinggi iaitu skmm.

Walau bagaimana pun, penulis menyokong tindakan amaran SKMM ini agar orang ramai lebih berhati-hati dan lebih celik IT dan tidak terkena serangan malware yang boleh menyebabkan duit mereka di bank lesap dikerjakan orang tidak bertanggungjawab.

Nasihat penulis, sebarkanlah maklumat ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda supaya lebih ramai orang dapat memaklumi perkara serius ini.
0 Komentar untuk "[GEMPAR] SKMM Beri Amaran Sebaran Malware Melalui Facebook"

 
Copyright © 2014 poyo blogger - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info