poyo blogger

Catatan poyo seorang blogger yang kacak macam yearon yeaziz.

Merry Christmas 25 December 2014

Merry Christmas 25 December 2014
Ho! Ho! Ho! Kata 1Malaysia

Bagaimana Pelaburan Emas (Singapore) Tersontot?

Antara pelaburan yang menarik perhatian pelabur emas salah satunya adalah Suisse International (Singapore’s) yang didaftarkan sebagai Suisse HK Limited di Hong Kong.
Syarikat ini tidak berdaftar di Singapura walaupun beroperasi sepenuhnya di Singapura, tetapi didaftarkan di Hong Kong.
Selain pelaburan emas, bisnes lainnya adalah lelongan syiling emas, jual beli jam mewah dan turut terlibat dalam bisnes perfileman. Mereka turut mengeluarkan syiling emas sendiri walaupun bukan dari bukanya pengeluar syiling emas terkemuka dunia.
Dikhabarkan baru-baru ini beberapa syarikat pelaburan emas tempatan tersontot dan tidak mampu memberikan pulangan seperti dijanjikan, adalah tidak sukar untuk meneka bagaimana pelaburan mereka terjejas,
dan kenapa teknik manipulasi emas yang diuar-uarkan tidak menjadi, Ini dapat dikaitkan dengan satu bentuk pelaburan merentasi sempadan yang baru-baru ini disita oleh Bank Negara Singapura iaitu Suisse International Ltd.
Bagaimana operasi pelaburan emas Suisse International?
Suisse-International-1

1. Untuk memulakan pelaburan, setiap pelabur dikehendaki membawa 200g emas kepada syarikat untuk mula melabur, pelabur boleh membeli pamp suisse pada harga pasaran terkini contohnya hari ini harga RM132/g dan hantar pada syarikat. Atau pelabur boleh membeli secara direct dengan syarikat.
Suisse-International-2

2. Seterusnya syarikat akan membeli emas pelabur pada harga RM200/g secara ansuran, bermaksud pelabur akan dibayar sebanyak RM40,000 untuk 200gram emas secara ansuran ($78/g singapore dollar) dalam tempoh 12 bulan.
Suisse-International-4

3. Apabila pelabur menghantar 200g gold bar, pelabur akan diberikan 3 keping syiling  emas pada harga $52/piece
Suisse-International-5
4. pelabur boleh jual balik kepada syiling kepada syarikat untuk dapat tunai segera dengan harga $1700/piece (kebanyakan pelabur akan jual balik untuk tunai, cashback), jadi 3 keping syiling dijual balik akan dapat RM13,000.00
Suisse-International-3
5.  Seterusnya pelabur akan diberikan keuntungan 7% sebulan dari harga yang dibeli syarikat tadi, jadi 7% dari RM40,000 sama dengan RM2800.00 sebulan ($1092 Singapore Dollar), sebulan.
Berapa jumlah pelabur melabur sekarang?
(1)Beli 200g Pamp Suisse RM26,400… (3) dapat balik cashback ~RM13,000… jadi cuma RM13,4.00 sahaja yang dilaburkan
Berapa modal & keuntungan sebenat?
Modal RM13,400.00, keuntungan dijangka RM33,600 dalam masa 12 bulan atau 250% setahun.
Siapa Yang Melabur?
Banyak syarikat yang mengelolakan pelaburan-pelaburan emas tempatan terheret sama melabur didalam skim pelaburan ini, ramai yang menghantar bar pamp suisse ke singapore kerana tertarik dengan pulangan lumayan kira-kira 250% setahun berbanding pelaburan biasa paling banyak cuma 20-30% sahaja setahun.
Bila bermula skim pelaburan ini?
Dari rekod laman domaintools, laman web syarikat (http://www.suissecollection.com) didaftarkan pada 2-5-2013, dan laman facebook syarikat juga didaftarkan pada 2-5-2013 tarikh yang sama 
(https://www.facebook.com/suissecollection)
Siapa dibelakang syarikat ini?
Wujud desas desus di alam siber, CEO The Gold Capital, Lee Siong Tek yang menghilangkan diri sejak Januari 2013 mempunyai kaitan dengan syarikat Suisse Internatiol HK ltd. Pada akhir 2012, Bank Negara Singapura telah menyita syarikat-syarikat pelaburan emas genneva, asia pacific dan gold guarantee kerana terbabit menerima deposit haram dalam urusniaga skim ponzi berjumlah berbillion ringgit, Lee Siong Tek telah menghilangkan diri sejak itu dan sehingga  kini tidak dapat dihubungi.
Bagaimana Suisse International jatuh?
Akaun utama Suisse International di DBS telah dibekukan pada akhir September 2014/ awal oktober 2014 dan siasatan sedang dilakukan oleh CAD & MAS Singapura keatas syarikat ini kerana menerima deposit haram dan mengelolakan pelaburan haram (mirip ponzi scheme), kesan daripada pembekuan akaun ini menyebabkan beberapa syarikat pelaburan emas tempatan tidak menerima cash dari Suisse International dan turut terheret sekali dalam masalah ini.
Berapakah kerugian kepada Syarikat Pelaburan Emas dalam negara?
Tidak dapat dijangka, kerana dikhabarkan berkilo-kilo malah bertan emas telah dibawa merentasi tambak johor oleh syarikat-syarikat  pelaburan emas tempatan menggunakan operasi yang hampir sama (program atas program)
Contohnya: Syarikat A mengumpul 3 tan emas dari beribu pelabur, kemudiannya melaburkannya kedalam skim ini, jika Suisse International memberikan bulanan RM2800 sebulan, syarikat pelaburan tempatan akan memberi RM2000/bulan kepada pelabur dan makan untung RM800/sebulan bagi setiap seorang pelabur. (lebih kurang).
Adakah semua syarikat pelaburan emas di Malaysia terlibat?
Tidak semua, cuma syarikat yang mempunyai masalah membayar amaun yang dijanjikan kepada pelabur mungkin terlibat, kerana tarikh, masa dan ceritanya hampir sama (tak perlu ambil phd pun boleh agak kot)

credit harta emas.com
0 Komentar untuk "Bagaimana Pelaburan Emas (Singapore) Tersontot?"

 
Copyright © 2014 poyo blogger - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info